Salam dari Gadis Kampung, yang berhijrah dari kampung ke bandar untuk mencari rezeki untuk terus kan kehidupan nye.
Dari Negeri Sembilan berpindah ke Kuala Lumpur..orang kata dan berjaya dalam hidup dan rezeki lebih datang laa Kuala Lumpur. Bunyi memang best..tapi perit,susah senang hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu.
Aku ini tidak la berpelajaran tinggi seperti mana nak di bandingkan dengan kawan-kawan nya yang lain..dan KL bukan laa untuk orang yg ade degree or master je kan. Aku yang belajar sampai Diploma sahaja..tapi dipandang hina oleh masyarakt yang tidak berpikiran terbuka. Seolah Si Gadis Kampung ini bodoh sangat. Orang cakap orang yang tidak berpelajaran tinggi ini x boleh dapat gaji tinggi..susah nak sara hidup sendiri..kalau belajar tak tinggi tak boleh duduk KL sbb gaji yang rendah belum tentu boleh sara hidup apetah lagi nk sara mak dan ayah..sampai ada orang cakap kawin je dengan orang kaya baru hidup senang.. huhu mengucap bile diri di perlekeh sebegitu..itu serba sedikit orang yang tidak berfikiran terbuka kata begitu.. subhanallah.. sesungguhnya tiada manusia yang sempurna..nenek selalu berpesan percaya pada Allah S.W.T. Dia ada bersama kita.
Si Gadis Kampung nekad untuk turun ke Kuala Lumpur..ye memang susah...tapi hati si gadis kampung insyaa Allah tabah dan celak..Di Kuala Lumpur banyak kita temui ragam manusia yang tidak kita jangkakan..dengan peluang di beri Alhamdulillah Aku dapat bekerja di mulakan dengan kerani sahaja di dalam company Secretary.
Hati yang tabah..hari yang dimulakan kerja..dan di pandang rendah..tapi si gadis kampung tahu diri dia kuat.. orang sekeliling berbisik-bisik seolah2 si gadis kampung tidak mendengarnya..dan sepanjang dua bulan si gadis kampung asyik dimarahi oleh managernya..biaselahkan gadis kampung yang tidak pandai duduk di dalam office..setipa teguran dianggap satu cabaran..dengan hati yang kuat dengan penuh kesabaran..Allamdulillah manager semakin rapat aku dan orang sekeliling mula memanggil ku ikan emas..dalam masa yang sama aku semakin rapat dengan staff di situ..
Setelah hampir setahun aku bekerja di situ..Alhamdulillah dengan gaji yang setimpal, aku merancang untuk tukar angin dalam bidang akaun. Lagi pun si gadis kampung ada masalah transport..kenapa?? kerana menumpang kereta Makcik..oleh kerana menumpang, semakin lama semakin lambat aku sampai ke office..kadang lewat 15 minit..ye memang tidak menjadi isu..aku datang lewat tapi tidak dimarahi oleh manager sebab kerja ku siap tepat pada waktu nya..tapi aku mula rasa tak selesa sebab tidak adil aku dengan kawan-kawan ku yang datang awal dari aku..nak menegur makcik supaya gerak awal sedikit..mulut ni tidak mampu sebab sapa lah kita untuk bersuara sebagai penumpang..ye memang makcik ku menjanjikan untuk pergi kerja bersama-sama tapi dengan tidak keselesaan aku..aku bertukar arah, mencari jalan untuk tukar tempat kerje..dalam masa yang sama makcik si gadis kampung turut bersuara supaya aku tukar tempat kerja. Mungkin dia terasa beban menghantar aku setiap pagi..sampai dia bagi cadangan supaya aku menumpang kawan untuk pergi kerja..
Disebabkan aku tak nak merumitkan keadaan ye, aku nekad untuk berpindah mencari pengalaman baru..dalam hati sayang untuk meninggalkan tempat kerja lama sebab memang sudah selesa bekerja di sana..dengan kawan-kawan yang prihatin dan yang paling aku suka bekerja di situ sebab aku seronok bercakap dengan pelanggan aku sendiri.
Setelah 3 bulan bekerja di syarikat audit sebagai account executive, gaji yang di beri adalah basic degree..Alhamdulillah matlamat ku tercapai walaupun si gadis kampung hanya berpelajaran sampai diploma..bagi aku cukup bersyukur dapat gaji yang setimpal itu..tak perlu gaji smpai 5 ribu ke 10 ribu..kenapa..takut kita akan menjadi bongkak dengan harta..walaupun tidak berniat..kadang kala mulut terlepas juga untuk menyakitkan hati orang yang gaji nya sedikit...Nenek di kampung turut gembira dengan khabar berita ini..nenek lega hati nya..dalam masa yang sama berkat kesabaran ku adalah dari nasihat nenek ku..jika tidak adanya dia, mungkin dalam hidup aku tidak ada erti sabar.
Terima Kasih Nenekku..Salam..:)
Panggilan ikan emas dipanggil seolah mereka macam cemburu..menghinaan yang ku terima mula bertukar menjadi positif..bukan Si gadis kampung bukan berasa bangga cuma bila di pikir semula, itu lah kuasa ALLAH S.W.T..aku mula mempelajari sedikit demi sedikit..dalam masa yang sama aku mula lihat pelbagai gelagat manusia..bila pikir balik..itu la pengalaman yang ku terima..
Sepanjang ku bekerja di situ, Aku mula akrap dengan staff di situ..di pendekan cerita..mereka laa kawan-kawan ku di KL ni..makan, shopping, wayang, paling best dengan mereka melancong. Last melancong dalam negeri semase ku kecil bersama nenek dan arwah atok ku..Melancong dalam negeri pun aku dah bersyukur..tak aku tak pernah terpikir untuk melancong di luar negara..kalau kawan cerita mengenai pelancongan luar negara..aku hanya bagi senyuman dan menjadi pendengar setia sahaja..kenapa begitu?? mungkin si gadis kampung merasai bahwa dalam Malaysia pun belum habis melancong buat apa pikir ke luar negara.
No comments:
Post a Comment