Thursday, 19 November 2015

Adat Bercinta Si Gadis Kampung

Hai, Topik nak share ialah ADAT BERCINTA
tiada kene mengena bagi yang hidup dan yang tiada di muka bumi..
Adat bercinta ini di ambil pengajaran dalam hidup Si gadis Kampung seperti aku sahaja..tak melibatkan yang lain..just share ok.

Si Gadis Kampung bercinta tak tahu untuk kali yang berapa..kalau nak ikot kan cinta monyet tu banyak je..pelbagai perangai ada..bila pikir balik kelakar bila pikir balik boleh jadi satu pengajaran..
ialah nama pun cinta monyet zaman budak2 yang tak matang tp kononnya dah cukup matang..

Diantara cinta-cinta monyet yang boleh dianggap satu pengajaran bagi aku ialah time lelaki yang belum matangnye...biase laa zaman sekolah kebanyakkan lelaki di depan mata cinta die memang setia tp still kebudak -budakkan..bagi bunga depan pintu kelas la..menyanyi kan lagu jiwang2 konon-konon romantic habis hehe..kalau nk clash tu konon nye sanggup nk bunuh diri kerana cinta..but until now.. he still life..kelakarkan

Yang perempuan seperti aku..cinta bagai nk rak.. sanggup menghabiskan wang ringgit mak ayah semate2 nk beli kan si lelaki topup, belanje makan konon nye kesian dia tak de duit yelaa tak kerje lgi kan..bile pikir2 balik tambah tolak duit tu sahaja hbis beribu-ribu dekat lelaki yang belum sah menjadi suami..biase laa tidak la aku merasekan kesal kerana habis kan duit itu..tapi niat di dalam hati untuk bersedekah sahaja..tapi tu la menyakitkan hati juga bile diingatkan kan..bile perempuan habis kan duit untuk lelaki..lelaki suka..amik kesempatan kata nya..pinjam pinjam dari bukit jadi gunung..huhuhu biar laaa da berlalu da pun..nama pun CINTA MONYET a.k.a CINTA SEJATI time tu..itu la kebodohan bagi aku time tu..huhu

Lepas tu ada pulak sesi curang..kata nya setia..syg until die.. but at the same time ada gurl lain..mcm mane tu??bagi aku,kalau lelaki macam tu aku panggil lelaki yang tiada perasaan.but not at all guys ok..sesetengah sahaja..bila mintak clash tak nak lepas kate nya..tapi bila pikir panjang...lepas ke mana aku belum bernikah lagi..so dia tak nak lepas kan suka hati dia lah.. x melayan aku di situ..but that guys until now cari aku macam gila talak pulak..huhuh

Bila usia ku meningkat ke alam 20an dan aku pun habis belajar dan mula bekerja...jiwa ku kosong dengan lelaki..kononnya penat bercinta..walaupun dalam masa yang sama aku masih berkawan dengan lelaki..tapi bila untuk sayang lebih2 tu tiada sgt..bila usia da dekat dengan 25 tahun..ramai bertanya bila nk kawin..

orang cakap kawin umor 25 ke bawah untung,rezeki murah, dan boleh dapat anak yang bijak..memang best di dengari tapi bila pikir panjang tak kan kita nk berkawin cepat atas dasar itu semua dan paksa lelaki itu berkawin dengan kita supaya murah rezeki katanya...ada ke dalam hadis???tidak ku tahu kawin umor 25 tahun kebawah dapat rezeki berlipat ganda..

Pendapat aku, jodoh dan ajal maut di tangan Allah..lambat atau cepat Dia yang tentukan dalam masa yang sama kita di uji oleh-Nya..untuk melihat kita dah layak ke peringkat seterusnya??? Allah pun menjanji kan jika tiada jodoh di muka bumi..jangan risau Jodoh nya ada di SYURGA.. best kan..sangat best..

عن بن بريدة عن أبيه قال جاءت فتاة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت ثم إن أبي زوجني بن أخيه ليرفع بي خسيسته قال فجعل الأمر إليها فقالت قد أجزت ما صنع أبي ولكن أردت أن تعلم النساء أن ليس إلى الآباء من الأمر شيء. (رواه ابن ماجه)
"Dari Ibnu Buraidah dari ayahnya dia berkata: Seorang gadis datang kepada Nabi Saw. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya ayahku menikahkan aku dengan putra saudaranya untuk mengangkat derajatnya melalui aku. Maka Nabipun menyerahkan keputusan itu pada gadis tersebut. Maka gadis itu berkata: Aku telah mengizinkan apa yang dilakukan ayahku, akan tetapi aku hanya ingin agar para wanita tahu bahwa para ayah tidak punya hak dalam urusan ini. (HR. Ibnu Majah dan An-Nasa’i)."
"Dalam hadis di atas, Nabi memberi kebebasan penuh pada gadis tersebut untuk memutuskan apakah melanjutkan pernikahannya ataukah membatalkannya. Ini menunjukkan bahwa menentukan calon suami adalah hak penuh bagi wanita dan merupakan pilihan dia semata-mata."
*copypaste
Ayat-ayat di atas menunjukkan kebebasan bgi perempuan untuk memilih pasangan..mungkin itu sebab aku tidak berkawin lagi...walaupun aku mencari lagi..tapi Allah janji kan pada kita setiap kesusahan akan di balas dengan kebahagian yang tidak di duga.. Insyaa Allah.. 
Jika tiada.. insyaa Allah di surga.. so pendek kata jangan termakan dengan ayat2 kat fb yg kononye berkawin umor 25 tahun ke bwh rezeki murah, bagai.. ingat Rezeki di tangan Allah.. kita berusaha Allah yang menghadiahkan nya.. :) 
#sigadiskampung
#lifesigadiskampung

Wednesday, 11 November 2015

Salam Dari Si Gadis Kampung

Salam dari Gadis Kampung, yang berhijrah dari kampung ke bandar untuk mencari rezeki untuk terus kan kehidupan nye.


Dari Negeri Sembilan berpindah ke Kuala Lumpur..orang kata dan berjaya dalam hidup dan rezeki lebih datang laa Kuala Lumpur. Bunyi memang best..tapi perit,susah senang hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu.
Aku ini tidak la berpelajaran tinggi seperti mana nak di bandingkan dengan kawan-kawan nya yang lain..dan KL bukan laa untuk orang yg ade degree or master je kan. Aku yang belajar sampai Diploma sahaja..tapi dipandang hina oleh masyarakt yang tidak berpikiran terbuka. Seolah Si Gadis Kampung ini bodoh sangat. Orang cakap orang yang tidak berpelajaran tinggi ini x boleh dapat gaji tinggi..susah nak sara hidup sendiri..kalau belajar tak tinggi tak boleh duduk KL sbb gaji yang rendah belum tentu boleh sara hidup apetah lagi nk sara mak dan ayah..sampai ada orang cakap kawin je dengan orang kaya baru hidup senang.. huhu mengucap bile diri di perlekeh sebegitu..itu serba sedikit orang yang tidak berfikiran terbuka kata begitu.. subhanallah.. sesungguhnya tiada manusia yang sempurna..nenek selalu berpesan percaya pada Allah S.W.T. Dia ada bersama kita.
Si Gadis Kampung nekad untuk turun ke Kuala Lumpur..ye memang susah...tapi hati si gadis kampung insyaa Allah tabah dan celak..Di Kuala Lumpur banyak kita temui ragam manusia yang tidak kita jangkakan..dengan peluang di beri Alhamdulillah Aku dapat bekerja di mulakan dengan kerani sahaja di dalam company Secretary.
Hati yang tabah..hari yang dimulakan kerja..dan di pandang rendah..tapi si gadis kampung tahu diri dia kuat.. orang sekeliling berbisik-bisik seolah2 si gadis kampung tidak mendengarnya..dan sepanjang dua bulan si gadis kampung asyik dimarahi oleh managernya..biaselahkan gadis kampung yang tidak pandai duduk di dalam office..setipa teguran dianggap satu cabaran..dengan hati yang kuat dengan penuh kesabaran..Allamdulillah manager semakin rapat aku dan orang sekeliling mula memanggil ku ikan emas..dalam masa yang sama aku semakin rapat dengan staff di situ..
Setelah hampir setahun aku bekerja di situ..Alhamdulillah dengan gaji yang setimpal, aku merancang untuk tukar angin dalam bidang akaun. Lagi pun si gadis kampung ada masalah transport..kenapa?? kerana menumpang kereta Makcik..oleh kerana menumpang, semakin lama semakin lambat aku sampai ke office..kadang lewat 15 minit..ye memang tidak menjadi isu..aku datang lewat tapi tidak dimarahi oleh manager sebab kerja ku siap tepat pada waktu nya..tapi aku mula rasa tak selesa sebab tidak adil aku dengan kawan-kawan ku yang datang awal dari aku..nak menegur makcik supaya gerak awal sedikit..mulut ni tidak mampu sebab sapa lah kita untuk bersuara sebagai penumpang..ye memang makcik ku menjanjikan untuk pergi kerja bersama-sama tapi dengan tidak keselesaan aku..aku bertukar arah, mencari jalan untuk tukar tempat kerje..dalam masa yang sama makcik si gadis kampung turut bersuara supaya aku tukar tempat kerja. Mungkin dia terasa beban menghantar aku setiap pagi..sampai dia bagi cadangan supaya aku menumpang kawan untuk pergi kerja..
Disebabkan aku tak nak merumitkan keadaan ye, aku nekad untuk berpindah mencari pengalaman baru..dalam hati sayang untuk meninggalkan tempat kerja lama sebab memang sudah selesa bekerja di sana..dengan kawan-kawan yang prihatin dan yang paling aku suka bekerja di situ sebab aku seronok bercakap dengan pelanggan aku sendiri.
Setelah 3 bulan bekerja di syarikat audit sebagai account executive, gaji yang di beri adalah basic degree..Alhamdulillah matlamat ku tercapai walaupun si gadis kampung hanya berpelajaran sampai diploma..bagi aku cukup bersyukur dapat gaji yang setimpal itu..tak perlu gaji smpai 5 ribu ke 10 ribu..kenapa..takut kita akan menjadi bongkak dengan harta..walaupun tidak berniat..kadang kala mulut terlepas juga untuk menyakitkan hati orang yang gaji nya sedikit...Nenek di kampung turut gembira dengan khabar berita ini..nenek lega hati nya..dalam masa yang sama berkat kesabaran ku adalah dari nasihat nenek ku..jika tidak adanya dia, mungkin dalam hidup aku tidak ada erti sabar.
Terima Kasih Nenekku..Salam..:)




Panggilan ikan emas dipanggil seolah mereka macam cemburu..menghinaan yang ku terima mula bertukar menjadi positif..bukan Si gadis kampung bukan berasa bangga cuma bila di pikir semula, itu lah kuasa ALLAH S.W.T..aku mula mempelajari sedikit demi sedikit..dalam masa yang sama aku mula lihat pelbagai gelagat manusia..bila pikir balik..itu la pengalaman yang ku terima..

Sepanjang ku bekerja di situ, Aku mula akrap dengan staff di situ..di pendekan cerita..mereka laa kawan-kawan ku di KL ni..makan, shopping, wayang, paling best dengan mereka melancong. Last melancong dalam negeri semase ku kecil bersama nenek dan arwah atok ku..Melancong dalam negeri pun aku dah bersyukur..tak aku tak pernah terpikir untuk melancong di luar negara..kalau kawan cerita mengenai pelancongan luar negara..aku hanya bagi senyuman dan menjadi pendengar setia sahaja..kenapa begitu?? mungkin si gadis kampung merasai bahwa dalam Malaysia pun belum habis melancong buat apa pikir ke luar negara.